(VIDEO) Sujud Syukur Atas Lantikan, Laungan ‘Takbir’ Bergema Di Kediaman PM Ke-8


Sebentar tadi, pihak Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan dengan memberitahu bahawa KDYMM Baginda Agong bekenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia.

Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada media dan mendapat respon yang pelbagai dari semua pihak.

Sujud syukur kemenangan

Menerusi perkongsian di laman sosial, dapat dilihat dengan jelas bahawa Tan Sri Muhyiddin telah sujud syukur selepas dimaklumkan perkara ini.

Laungan takbir juga bergema dikediamannya disambut linangan air mata oleh beberapa individu yang turut berada disitu.

Majlis angkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan akan dilakukan pada pagi esok kira-kira jam 10,30 pagi di Istana Negara.

Pengumuman ini sedikit sebanyak telah menjawab beberapa teka-teki gelombang politik yang melanda negara sejak minggu lalu.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

2849