Helikopter Milik PDRM Terhempas Di Tawau

Foto Media Sosial

TAWAU; 27 FEBRUARI 2020 (Khamis) – INFO AWAL, Sebuah helikopter milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah terhempas di Batalion 14 PGA, Kem Air Panas Tawau kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas ketika dihubungi kru RTM mengesahkan kejadian tersebut.

Difahamkan juga, semua kru dan penumpang helikopter berkenaan selamat.

Foto Media Sosial

Sumber: #BESTAWAUfm

9885