Video Seks Mirip Pelakon Lelaki Tular

Video berdurasi 12 saat itu yang memaparkan dua lelaki melakukan seks tular.

KUALA LUMPUR: Satu video seks yang dikatakan mirip dengan seorang pelakon lelaki tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Malah, gambar pelakon berkenaan turut tular bersama video berdurasi 12 saat itu yang memaparkan dua lelaki melakukan seks.

Seorang daripada dua lelaki dalam video berkenaan dikaitkan dengan pelakon terbabit berdasarkan ciri tertentu pada badannya.

Difahamkan pelakon lelaki berkenaan yang menyedari penyebaran video berkenaan sudah membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Usaha wartawan Harian Metro mendapatkan komen pelakon itu bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dan mesej tidak dijawab.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *