Agong Lantik Semula Tun Mahathir Jadi Perdana Menteri Sementara

Kuala Lumpur, 24 Feb – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah telah berkenan melantik YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara.

Kenyataan tersebut telah disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki b Ali sebentar tadi.

Terdahulu, Tun Mahathir telah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri siang tadi dalam percaturan politik beliau dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Sumber: Ketua Setiausaha Negara

6849