20 Kenderaan VIP Ke Istana Negara

KUALA LUMPUR: Lebih 20 kenderaan golongan kenamaan (VIP) dilihat memasuki perkarangan Istana Negara dengan diiringi polis pengiring, sebentar tadi.

BH Online melaporkan Proton Perdana dan Toyota Alphard itu dilihat memasuki Istana Negara pada jam 5.35 petang namun bukan melalui pintu utama.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong dilihat tiba di Istana Negara dengan sebuah helikopter pada jam 4.30 petang tadi dari Kota Permai, Shah Alam bagi menghadiri sebuah perlawanan golf di sana.

Sekumpulan petugas media berkumpul di Istana Negara sejak jam 2 petang tadi bagi menunggu ketibaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikatakan akan menemui Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia susulan beberapa mesej yang tular di WhatsApp pagi tadi, mendakwa Dr Mahathir dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Dr Mohamed Azmin Ali, akan ke Istana Negara, petang ini.

Sumber: Harian Metro

990