Kakitangan Kerajaan, MPKK, Ketua Kampung Jangan Jadi ‘CCTV’ – Masiung

Masiung Banah

TONGOD: Semua kaitangan kerajaan khususnya di daerah Tongod diingatkan tidak menjadi seperti kamera litar tertututp (CCTV) atau hanya memerhati dan berdiam diri sekiranya melihat ada dakwaan-dakwaan serong dilemparkan terhadap kerajaan melalui apa sahaja medium termasuk media sosial.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, kakitangan kerajaan bukan hanya berperanan sebagai ‘kaki’ dan ‘tangan’ sebaliknya mereka juga adalah mata, telinga dan mulut yang mewakili kerajaan untuk menjawab setiap persoalan rakyat.

Tegas beliau, pimpinan masyarakat seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), ketua-ketua kampung dan pengerusi-pengerusi persatuan belia perlu bekerjasama dengan setiap agensi kerajaan menjawab setiap pertanyaan atau tuduhan yang tidak tepat agar kerajaan dapat dipertahankan.

Katanya, setiap polisi kerajaan, pembangunan yang dibuat perlu disampaikan kepada rakyat sehingga ke peringkat akar umbi kerana itu adalah tujuan mereka dilantik menjawat apa sahaja jawatan sama ada secara tetap atau pun lantikan politik.

“Dalam hal ini tiada jalan selamat mahu atau tidak kita akan bersama-sama angkat amanah ini kerana kamu sudah berada di sini, tuan tuan dan puan puan yang saya hormati sekalian mungkin ada panas sedikit tetapi saya kena nyatakan saya perhatikan di Facebook kamu, di workshop, saya perhati di mana-mana laman sosial sepatutnya pimpinan kita ini kena bantu pimpinan.

“Kalau ada fitnah, ada perkara-perkara yang kamu tidak pasti, ada perkara-perkara yang kamu tahu bahawa itu tidak betul jangan CCTV di Facebook jangan CCTV di workshop, kamu kena tolong jawab apa yang berlaku inilah dinamakan jentera kerajaan kita di daerah ini,” tegas beliau ketika berucap dalam Majlis Amanat ADUN N.47 Kuamut 2020 di Tongod semalam.

Masiung berkata, sejak Parti Warisan Sabah (Warisan) memerintah Sabah dan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, pelbagai dasar yang baik untuk pembangunan rakyat telah dilaksanakan, justeru perkara-perkara itu perlu diketahui rakyat.

Sehubungan itu katanya, sebagai jentera kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat inilah yang berperanan menjelaskan kepada rakyat bukannya berdiam diri atau lebih teruk lagi tidak tahu apa yang berlaku di kawasan masing-masing.

Katanya, jangan ada mana-mana MPKK atau ketua kampung yang mengambil jalan selesa untuk berdiam diri atau berkecuali daripada menjawab setiap isu mewakili kerajaan kerana tu akan menyebabkan rakyat kecewa.

“Sebentar tadi kamu sudah tahu jalan raya yang sedang dibuat, kamu sudah tahu perancangan kerajaan melalui mesyuarat pembangunan daerah Tongod demikian juga air dan sebagainya, kita mahu supaya semua itu disebarluaskan sebenarnya dalam daerah ini kita tidak perlu cybertrooper dalam istilah lain dalam Facebook dan sebagainya bukan sahaja kamu kakitangan dan mata dan telinga dan mulut kamu juga adalah cybertrooper kepada kerajaan untuk memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaan kita ini pimpinan daerah Tongod itidak tidur tidak lena dalam hal memperjaungkan hak pembangunan daerah Tongod ini.

“Kita tidak mahu MPKK, ketua-ketua kampung ambil selesa ambil jalan berkecuali kerana tuan-tuan dan puan-puan ledakan media sosial sekarang ini sendiri kita tahu fitnah di sana sini ada orang menafikan di sana sini jadi tanggungjawab kita untuk menyebarluaskan apa yang sedang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan, Warisan dan UPKO dalam pimpinan kerajaan baharu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *