Ashraf Sinclair Seorang Dermawan

Ashraf bersama keluarganya. Gambar Instagram BCL

Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair dikenali sebagai seorang dermawan dan menjadi penyumbang tetap di Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman di Jakarta Selatan, Indonesia.

Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman, H Ahmad Habib berkata, kali terakhir Allahyarham datang ke situ dua bulan lalu.

Ashraf bersama keluarganya.

“Dia kerap datang ke situ. Setiap kali datang, dia akan memberi sumbangan kepada kami.

“Kali terakhir dia datang ialah dua bulan lalu. Ketika itu dia nampak sihat,” katanya.

Ashraf bersama keluarganya.

Ahmad Habib berkata, pemergian Ashraf pasti membuatkan anak-anak yatim di situ merasai kehilangannya.

“Mereka tak percaya dia sudah pergi. Ia terlalu cepat. Ashraf sangat baik hati dan kerap bertegur sapa. Kami merasa sangat kehilangan apabila mendapat berita ini,” katanya.

Ashraf bersama keluarganya.
2187