Tak semua orang berani dengan serangga seperti lipas. Bila nampak lipas je, mula lah lari lintang pukang.
Buat korang yang tak suka lipas, Gua Gomantong di Sabah bukanlah tempat terbaik untuk korang lawati.
Bagi mereka yang geli dan alah pada serangga kecil, inilah peluang mencuba mengatasi masalah itu sekiranya berkunjung ke Gua Gomantong, Sandakan Sabah.
Gua batu kapur terletak di dalam hutan rizab dan dilindungi Jabatan Perhutanan Sabah adalah antara gua yang terbesar di negeri di bawah bayu itu.
Di siling gua tinggal berjuta-juta kelawar, sementara di lantainya pula dilitupi lipas, kumbang, tikus dan pepijat yang menggelikan termasuk pelbagai spesies ular.
Gua ini merupakan lokasi lipas paling banyak di bumi. Kira macam port dia lah.
Gua itu diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). Sejak abad ke-13, gua ini telah membekalkan sarang burung terbaik untuk maharaja China.
Gomantong memiliki dua kompleks gua, dinamakan Simud Hitam dan Simud Putih.
Selain lipas, bahagian atas gua ini dipenuhi dengan jutaan kelawar liar.