Polis Siasat Dakwaan Suspek Dipukul Di Lokap

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass

KOTA KINABALU: Polis akan menyiasat dakwaan seorang lelaki yang mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika berada di sebuah lokap di sini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berkenaan kejadian ini dan orang awam diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

“Kita akan menjalankan siasatan berkenaan laporan polis yang diterima bagi mengetahui sejauh mana kebenarannya dan orang ramai diminta tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya semasa dihubungi.

Terdahulu seorang lelaki berumur 55 tahun yang ditahan mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 mendakwa dipukul oleh anggota polis tertentu semasa ditahan di sebuah lokap di sini.

Individu terbabit turut mendakwa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada 24 Oktober 2018, dia kemudian ditahan reman dalam lokap untuk siasatan dan antara tempoh itu beliau dipukul di beberapa bahagian badan.

Sumber: Utusan Borneo

828