Gajah Pygmy Di Lahad Datu Dipercayai Mati Akibat Keracunan

LAHAD DATU: Seekor gajah betina dewasa yang ditemui mati di Ladang Bagahak 1, dekat sini, Rabu lalu, dipercayai mengalami keracunan akut sehingga menyebabkan kegagalan fungsi organnya.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah di Lahad Datu, Sylvester Saimin, berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan luaran dan darah mengalir dari orifis rektum (lubung dubur), mulut dan telinga haiwan itu.

Bangkai gajah Pygmy Borneo yang ditemui di Sabah. – Foto ihsan JHL

Organ gajah berumur antara 30 dan 35 tahun itu dilaporkan mengalami hepatomergali (hati membengak) selaras dengan tanda-tanda keracunan, katanya kepada pemberita. di sini. hari ini.

Beliau berkata anggota pasukan veterinar JHL diketuai Dr Nabila Sarkawi dari Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok (SORC) menjalankan bedah siasat terhadap bangkai gajah itu kira-kira jam 2.30 petang semalam dan mengambil sampel untuk dihantar ke Jabatan Kimia.

Gajah itu dipercayai telah mati lebih 72 jam sebelum ditemukan kira-kira jam 10 pagi pada hari berkenaan oleh pihak pengurusan ladang itu, katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti sumber keracunan tersebut.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew, berkata, penemuan terbaru itu menjadikan jumlah kematian gajah di Sabah meningkat kepada lima ekor sejak awal tahun ini.

Sumber: BorneoToday

754