Ali Puteh Tunaikan Hajat Arwah Abam, Hidang Lauk Siput Sedut Untuk Kenduri Doa Tahlil

Tiada siapa sangka pemergian pelawak terkenal dalam kumpulan Bocey iaitu Abam atau nama sebenarnya ialah Syed Umar Mukhtar memberi kesan mendalam kepada sahabat karib dan seluruh rakyat Malaysia.

Terbaharu, isteri kepada pelawak Fad Bocey berkongsi di laman Instagram di mana dalam majlis tahlil Arwah Abam, adik kepada Allahyarham Syed Umar Muhktar iaitu Ali Puteh menyempurnakan permintaan terakhir arwah untuk masak masakan kegemarannya.

“Lauk yang Arwah nak malam ni, Ali dah masakkan”

Foto: Ig Syaheera Rahman

Menerusi kiriman daripada Pojie Pidon, lauk permintaan arwah adalah siput sedut dan sotong. Semasa kenduri tahlil, keluarga ini bersyukur kerana dapat masak lauk apa yang tidak tertunai.

Menurut Syaheera Rahman, lauk permintaan arwah semua di masak sendiri oleh adiknya iaitu Ali Puteh. Ramai yang datang semasa kenduri tahlil tersebut.

Gambar Ig Pojie Pidon

Kenduri tahlil yang berlangsung sejak tiga hari lepas diadakan di kediaman keluarga arwah di Gombak. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah sahabat karibnya iaitu Fad dan Achey.

Sumber: Syaheera Rahman , Pojie.pidon, SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *