TAWAU, 12 Feb: Dua warga asing ditangkap Zon Maritim Tawau selepas didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah di kawasan perairan Log Pond, Tawau, semalam.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam berkata, bot peronda yang menjalankan Ops Pluto Timur di sekitar kawasan tanggungjawab telah menahan dan memeriksa sebuah bot kargo tanpa nombor pendaftaran lebih kurang jam 6.30 petang.
“Bot kargo terbabit dipercayai menuju keluar dari jeti Log Pond, Tawau dipercayai menuju ke Sungai Haji Kuning.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat seorang juragan berumur 32 tahun dan seorang penumpang wanita berumur 51 tahun dalam bot kargo berkenaan.
Tambahanya, pemeriksaa lanjut mendapati juragan bot terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri l yang sah manakala penumpang wanita hanya mengemukakan salinan dokumen passport.
Katanya lagi, kesemua yang diperiksa ditahan manakala bot kargo diiringi ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah yang membawa hukuman denda sehingga RM10,00.00 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua- keduanya, jika disabitkan kesalahan.” – APMM