Polis Nafi Kemasukan 11 Warga Filipina Bersenjata Ke Ladang Di Beluran

Kasim Muda

BELURAN: Polis menafikan maklumat yang tular melalui pesanan WhatsApp berkaitan kemasukan 11 orang warga Filipina bersenjata dari Lahad Datu ke kawasan ladang sekitar Beluran.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata, pekerja ladang di sekitar Beluran telah mendapat maklumat melalui pesanan WhatsApp berkaitan dengan kemasukan 11 orang warganegara Filipina bersenjata dari Lahad Datu masuk ke kawasan ladang sekitar Beluran.

“Ketika ini, pihak kita menafikan kejadian itu dan maklumat berkenaan adalah palsu,” katanya.

Selain itu, beliau menasihatkan orang awam agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Beluran di talian 089-511222 untuk membuat semakan ataupun pengesahan sebarang maklumat. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *