Sabah Tempat Ke-3 Diundi Negeri Yang Mempunyai Rakyat Paling Romantis Di Malaysia

Pelakon Hollywood yang membintangi siri The Flash, Grant Gustin dan isterinya, Andrea Thoma membuka mata warga dunia kepada budaya negeri Sabah apabila bersanding mengikut adat kaum Kadazan Dusun. – Foto Gempak.com

Sarawak terkenal dengan kepelbagaian kaum dan budaya telah diundi sebagai negeri paling romantis dikuti Johor ditangga kedua negeri Sabah berada di kedudukan tangga ketiga di Malaysia manakala Putrajaya, Kelantan dan Terengganu dinobatkan sebagai negeri yang kurang romantis, lapor The Borneo Post.

Salah sebuah platform e-dagang antarabangsa, Picodi.com telah mengeluarkan senarai penuh dengan Sarawak, Johor dan Sabah diundi negeri dengan orang yang romantis.

Senarai ini diambil kira selepas membuat beberapa kaji selidik berdasarkan soalan mengenai hari kekasih yang bakal tiba pada pertengahan bulan ini dan Putrajaya mencatatkan rekod buruk bersama-sama dengan Kelantan dan Terengganu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh platform yang beroperasi di Poland dan kini berada di 44 negara termasuk Malaysia, berkata selepas melihat secara dekat data yang dikeluarkan oleh Google, ternyata rakyat Malaysia yang paling romantis tinggal di Sarawak, Johor, dan Sabah.

“Di negeri-negeri ini, soalan berkaitan dengan hari kekasih telah direkodkan berada di tahap tertinggi. Ternyata Sarawak, yang terkenal dengan khazanah semula jadi yang indah dan kepelbagaian makanan boleh menambah romantik sebagai satu lagi ciri khas negeri ini.”

Kaji selidik ini berdasarkan populariti kata kunci yang selalu dicari oleh para pengguna dalam tempoh Januari sehingga Februari 2019. Ia diambil daripada data yang diarkibkan oleh Google.

Hasilnya, kedudukan terbaik dipegang oleh dua negeri yang jauh daripada Semenanjung. Manakala dua negeri Pantai Timur – Kelantan dan Terengganu – berada di kedudukan tercorot dengan Putrajaya berada di kedudukan paling bawah.

Sumber: TheVocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *