Warga Emas Maut Jatuh Dari Tingkap Dapur Rumah Di Telipok Ria

TUARAN: Seorang wanita warga emas tempatan berusia 62-tahun, maut setelah terjatuh dari tingkap dapur belakang rumah anaknya.

Kejadian di Taman Telipok Ria, Fasa 3, Tuaran tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Mohd Hamizi Halim dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, kejadian berlaku pada pukul 9:11-pagi tadi. Mangsa yang tinggal bersama keluarga anaknya di rumah dan berseorangan semasa kejadian berlaku.

Mangsa telah ditemui orang awam setelah mendengar bunyi bising di bahagian belakang blok perumahan berkenaan dan disahkan meninggal dunia akibat pendarahan di bahagian kepala oleh Pembantu Pegawai Perubatan Hospital Tuaran yang turut berada di tempat kejadian. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuaran untuk proses bedah siasat.

Kes dikalsifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR) sehingga laporan penuh bedah siasat diperolehi. Diminta orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian yang berlaku boleh menyalurkannya dengan cara menghubungi pihak polis di talian 088791933, 088791966 dan 088791977.

Sumber/Foto : Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Mohd Hamizi Halim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *