Penembak Di Pulau Gaya Dikenal Pasti, Sedang Diburu

Angoota polis yang menjalankan operasi mengesan suspek disyaki bersembunyi di sekitar Kampung Pondo, Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Suspek utama yang menembak tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak di Pulau Gaya telah dikenal pasti dan sedang diburu polis.

Difahamkan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu, Bahagian Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Pasukan Polis Marin (PPM) sedang memburu suspek di sekitar Kampung Pondo di pulau berkenaan.

Suspek yang sedang bersembunyi amat berbahaya dan difahamka lengkap bersenjata.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang mengawal laluan keluar di kawasan persembunyian suspek.

“Polis sudah mengenal pasti  suspek dan lokasinya, kita sedang membuat kepungan di kawasan persembunyian suspek.

“Ia adalah  bagi mengelak  suspek berkenaan melarikan diri,” katanya.

Semalam, tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak lelaki cedera akibat terkena tembakan yang dilepaskan individu tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, di sini.

Difahamkan dalam kejadian pukul 7 malam itu, dua daripada mangsa termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun mengalami kecederaan parah.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *