Ketua Menteri Serikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Warisan Putatan

Shafie bersama Jaujan, Junz Wong , Awang Ahmad Sah, Judy Hiew dan tetamu lain mengucapkan “Gong Xi Fa Cai.”

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Warisan Bahagian P.173 Putatan di Pekan Tanjung Aru pada Sabtu.

Shafie yang juga Presiden Warisan turut menyampaikan sumbangan kepada 10 buah gereja dan tokong dalam kawasan parlimen Putatan.

Beliau bersama tetamu lain turut mengaul “Yee Sang” di majlis itu.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jaujan Sambakong, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, Datuk Wong Hong Jun @ Junz Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.17 Tanjung Aru, Menteri Pelajaran & Inovasi Sabah, Datuk Dr. Yusof Yakub, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, George Hiew, Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Jannie Lasimbang dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan, Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Haji Awang Shari.

Rumah Terbuka CNY itu dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Masyarakat Cina, Parti Warisan Bahagian P.173 Putatan yang diketuai oleh Judy Hiew.

Sementara kira-kira 80 orang warga emas dan kanak-kanak yang hadir turut menerima “Angpow” daripada Awang Ahmad Sah yang juga Ketua Warisan Bahagian Putatan.

Ribuan orang ramai yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan tarian singa, nyanyian dan persembahan hiburan, selain jamuan makan tengah hari.

Judy Hiew yang juga Timbalan Penyelaras (N.17 Tanjung Aru) Parti Warisan Bahagian P.173 Putatan berkata, ini merupakan kali pertama Biro Hal Ehwal Cina mengadakan Majlis Rumah Terbuka CNY di Pekan Tanjung

SabahNewsToday

500