Masjid, Madrasah Terbakar Di Lahad Datu

Kesemua 18 pelajar madrasah itu selamat dan tiada sebarang kecederaan jiwa dilaporkan.

LAHAD DATU: Seramai 21 orang pelajar dan guru madrasah terselamat dalam kebakaran sebuah masjid dan madrasah yang terletak di Kampung Sepagaya Ulu, Batu 6, di sini, tengah malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima kira-kira pukul 12.09 tengah malam.

Foto Ihsan Pembaca

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 8 kilometer.

Operasi diketuai Pegawai Kanan Bomba 2 Asmori Dahhiarsyah bersama tujuh anggota lain serta sebuah jentera penyelamat FRT dan EMRS.

Kebakaran melibatkan Madrasah Al Imam dan sebuah masjid jenis separuh kekal, berkeluasan 100 kaki x 50 kaki, yang terbakar 80 peratus.

“Operasi dapat dikawal kira-kira pukul 12.29 tengah malam dan tamat sepenuhnya pada pukul 2.09 pagi,” kata Asmori.

Kesemua 18 pelajar madrasah itu selamat dan tiada sebarang kecederaan jiwa dilaporkan.

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Kesemua 18 pelajar selamat dan tiada sebarang kecederaan jiwa dilaporkan, tambahnya.

626