Penagih Duda Layan ‘Kick Batu’ Leka Menonton Video Lucah Ditahan

Suspek ditahan anggota AADK semasa sedang leka menonton video lucah di telefon bimbitnya selepas selesai menghisap syabu.

BEAUFORT: Seorang penagih lelaki berjaya ditahan sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) semasa leka menonton video lucah di telefon bimbitnya dalam satu operasi di Kuala Penyu di sini.

Ketua Pegawai AADK Beaufort Effanehwati Lakat berkata, suspek berumur 47 tahun itu dipercayai sedang khayal selepas selesai menghisap syabu di rumahnya semasa serbuan dijalankan.

Antara penagih yang ditahan dalam Ops Cegah di Kuala Penyu.

“Suspek yang berstatus duda itu tidak menyedari kehadiran anggota serbuan dan asyik menonton video lucah di telefon bimbitnya sebelum ditahan anggota AADK,” katanya.

Beliau berkata suspek adalah antara 20 individu yang ditahan dalam Ops Cegah AADK bermula jam 12.30 tengah malam sehingga jam 5 pagi di tiga buah kampung di Kuala Penyu termasuk Kilugus, Berangkok dan Mansud.

“Kesemua penagih berumur 20 hingga 53 tahun ditahan selepas hasil ujian air kencing menunjukkan positif dadah jenis methampetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat penyalahgunaan dadah boleh menghubungi AADK Beaufort di talian 088- 222 667 atau berjumpa dengan pegawai AADK di Pejabat AADK berhampiran.

Sumber: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *