Penyu Pecah Dirempuh Kereta

Keadaan kenderaan yang rempuh bulatan penyu di Batu 8, Sandakan

SANDAKAN: Replika penyu di bulatan penyu, Jalan Labuk, Batu 8, dekat sini, rosak teruk selepas dirempuh sebuah kenderaan jenis Perodua Axia dalam kemalangan, tengah malam tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika lelaki yang memandu kenderaan terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu 7, Taman Rajawali daripada Taman Anggerik, di sini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata pemandu kenderaan itu kemudian hilang kawalan lalu terbabas dan termasuk ke dalam bulatan penyu.

“Berikutan itu, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun kenderaannya serta replika penyu yang ada di bulatan berkenaan rosak teruk,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kemalangan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *