Tiada Koronavirus Di Sabah, Mesej Tular Adalah Palsu

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat menafikan khabar angin yang mengatakan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dimasukkan ke hospital di negeri ini kerana dikhuatiri dijangkiti koronavirus.

Menterinya, Datuk Frankie Poon berkata, khabar angin yang disebar secara meluas melalui aplikasi WhatsApp itu adalah palsu.

FRANKIE POON

“Berita palsu, mungkin kita harus beri kesedaran mengenai denda terhadap berita palsu ini bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas isu tular berhubung mesej tular yang menimbulkan keraguan di laman sosial sejak awal pagi ini.

Mesej yang tular itu mendakwa sebuah wad di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKL) Kota Kinabalu konnonya ditutup kerana seorang kanak-kanak dari Shanghai, China menerima rawatan akibat dijangkiti virus tersebut.

Gambar mangsa turut diselitkan dalam mesej berkenaan.

Terdahulu, semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meningkatkan usaha bagi membendung penyebaran berita palsu berkaitan koronavirus.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *