Pembelian Barang Dari China Secara Online, Sebagai Langkah Keselamatan, Sila ‘Sanitize’ Barang Tersebut – KKM

Koronavirus yang melanda beberapa negara termasuk Malaysia ketika ini ternyata membimbangkan ramai. Setakat hari ini, sebanyak empat kes positif koronavirus telah dilaporkan di Malaysia.

Virus yang bermula dari China ini telah menimbulkan pelbagai masalah termasuklah mengenai pembelian barangan atas talian dari negara itu yang sememangnya terkenal di negara ini.

Menerusi satu hantaran di ruangan Twitter, seorang individu turut berkongsikan jawapan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung isu yang sama.

KKM dalam jawapannya berkata, sebagai langkah keselamatan, netizen dinasihat menggunakan sanitizer atau cecair pembasmi kuman untuk barangan yang diterima.

Walaupun tiada langkah pencegahan untuk barang-barang yang datang dari negara tersebut, KKM berkata adalah lebih baik untuk kita mengambil langkah awal.

Sumber : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *