Wanita Rugi, Dua Proton Waja Terbakar

Anggota bomba berusaha memadam api pada kenderaan tersebut.

SEMPORNA: Seorang wanita berumur 44 tahun kerugian hampir RM40,000 selepas dua kenderaan Proton Waja miliknya musnah dalam kebakaran di Taman Hatib, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, bumbung siling ruang garaj kenderaan turut terbakar.

Anggota bomba berusaha memadam api pada kenderaan tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan media mengesahkan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 3.14 pagi.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan.

“Pihak bomba mengambil masa tujuh minit untuk sampai ke lokasi sebelum kerja pemadaman api dilakukan,” katanya.

Api berjaya dipadamkan dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.01 pagi.

Tambahnya, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.

“Bomba sedang menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian sebenar yang ditanggung mangsa,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *