Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Kerajaan Negeri Pada 26 Jan

KOTA KINABALU: Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Kerajaan Negeri Sabah akan diadakan pada hari kedua sambutan iaitu Ahad bersamaan dengan 26 Januari.

Bertempat di Dewan Hakka, Tanjung Lipat di sini acara tersebut bermula jam 10.30 pagi.

Para tetamu dan pengunjung berpeluang meraikan Tahun Baharu Cina bersama Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama ahli jemaah menteri negeri lain.

Turut dijangka hadir dan memeriahkan lagi suasana ialah Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *