KOTA KINABALU: Semua penerbangan AirAsia ke Wuhan, China dibatalkan sehingga 28 Januari depan.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan semua rakyat negeri ini yang berhasrat untuk berkunjung ke Wuhan, China dikehendaki merujuk kepada nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh AirAsia pada Khamis.
“Keselamatan anda adalah paling penting, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga demi kebaikan diri sendiri,” katanya.
Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar turut menasihatkan masyarakat negeri ini agar sentiasa peka terhadap pengumuman berkaitan yang dilakukan oleh kerajaan serta Jabatan Kesihatan yang releven.