Penutupan Sementara SK Stella Maris Sehingga 28 Januari

Murid sekolah menunggu dijemput pulang oleh ibu bapa selepas pihak sekolah mengumumkan sekolah ditutup bermula kelmarin berikutan jangkitan H1N1 di Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris Tanjung Aru. 

KOTA KINABALU: Ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris lega dengan tindakan penutupan sekolah tersebut buat sementara waktu selepas enam muridnya dijangkiti H1N1.

Tinjauan SabahNewsToday di sekolah itu mendapati sesi persekolahan Tahap Satu diberhentikan serta merta dan sekolah akan ditutup mulai esok sehingga 28 Januari depan.

Seorang bapa kepada dua murid di sekolah berkenaan Siayah Awang, 37, ketika ditemui berkata dia bergegas mengambil anaknya di sekolah berikutan notis pemberitahuan penutupan sekolah anaknya akibat H1N1 tular.

“Saya terus bergegas mengambil anak yang bersekolah di Tahun Satu dan Tahun Tiga selepas mendapat maklum notis itu melalui aplikasi WhatsApp daripada kenalan.

“Saya terkejut dan amat risau keselamatan anak dan terpaksa bergegas mengambil mereka,” katanya ketika ditemui.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *