PRK Kimanis: Shafie Tinjau Proses Pengundian

Mohd Shafie (tengah) meninjau proses pengundian PRK Parlimen Kimanis di SMK Bongawan.

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meninjau proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, pagi ini.

Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) memulakan tinjauan di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan, Kimanis, kira-kira 10 pagi tadi.

Mohd Shafie sebelum itu bertemu dengan orang ramai di pasar tamu pekan Bongawan sebelum ke SMK Bongawan untuk meninjau proses pengundian di sana.

Selepas itu, beliau beredar ke lokasi lain untuk meninjau pusat mengundi di sekitar Bongawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *