Satu Lemas Seorang Lagi Hilang Di Sungai Padas Tenom

Pasukan penyelamat menjalankan operasi SAR di Sungai Padas Tenom. – Gambar SNT/Ihsan Bomba

TENOM: Seorang lelaki ditemui lemas manakala rakannya hilang dalam kejadian di Sungai Padas Kampung Tenom Lama di sini, semalam.

Mangsa Mohd Ashraf Idham Hamril, 20, ditemui oleh penjaga gate SESB pada pukul 1.40 petang dengan jarak empat kilometer dari lokasi terakhir mangsa hilang.

Pasukan penyelamat mengangkat mayat mangsa.. – Gambar SNT/Ihsan Bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mohd Zainal Sinsian berkata pihaknya menerima panggilan pukul 3.20 petang semalam membabitkan mangsa lemas di sungai berkenaan.

Katanya sebuah kenderaan utiliti bersama dua bot dengan kekuatan tiga anggota bergegas ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi SAR terpaksa ditangguhkan atas faktor cuaca serta keadaan arus yang deras. Operasi itu kemudian disambung semula hari ini (semalam) sepanjang laluan sungai berkenaan.

“Mangsa pertama ditemui dengan jarak empat kilometer dari lokasi terakhir mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya pasukan bomba bersama agensi penyelamat terdiri daripada polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengambil mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Katanya operasi SAR seorang rakan mangsa Mohd Fadli Abdul, 20, diteruskan sebelum ditangguh kira-kira pukul 6 petang tadi (semalam)

Jelasnya operasi pencarian mangsa itu akan disambung hari ini. – SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *