Ingatkan Kain, Rupanya Biawak

Buaya yang ditangkap anggota APM

TELIPOK: Suri rumah cemas apabila mendapati objek disangka kain rupanya seekor biawak sepanjang tiga meter yang berada di tandas luar rumahnya di Skim Penempatan Telipok, Tuaran, semalam.

Kejadian disedari pengadu dikenali Fatimah, 39, jam 11.30 pagi ketika ingin menggunakan tandas berkenaan.

“Pada awalnya, saya sangkakan ada penduduk lain menggunakan tandas kerana pintu tidak dapat dibuka namun tidak berkunci.

“Saya cuba menyapa dan selepas tiada sahutan beberapa minit kemudian, saya cuba menolak dan terkejut mendapati seekor biawak yang tidak mahu bergerak walaupun dihalau.

“Saya menyangka ia pakaian basah yang terkumpul tetapi sangkaan saya salah,” katanya.

Fatimah berkata, dia terpaksa menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan berikutan reptilia itu berat dan sukar dialihkan.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Tuaran, Paulina Francis berkata, pihaknya menerima aduan 11.55 pagi sebelum sepasukan anggota ke lokasi.

“Kami kemudian menangkap biawak seberat 32 kilogram itu dan dilepaskan kembali ke hutan yang jauh dari penempatan penduduk,” katanya sambil menambah haiwan itu tidak agresif ketika ditangkap.

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *