Dua Maut Kenderaan Bertembung Di Simpang Imago

KOTA KINABALU: Dua lelaki disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di persimpangan pusat membeli-belah IMAGO berhampiran dengan sebuah hospital swasta di sini.

Menurut Ketua Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Dahlan Jainudin, kejadian berkenaan melibatkan dua kenderaan, Mercedes-Benz dan Toyota Hilux bertembung mengakibatkan pemandu dan penumpang Mercedes-Benz, Chong Yin, 84-tahun dan Amarjit Singh Gil, 57-tahun tersepit dan cedera parah.


Kedua-dua mangsa disahkan meninggal oleh pihak perubatan. – Berita RTM Sabah

Sumber: RTM Sabah

3556