Kereta Pemandu Grab Wanita Disamun & Dilarikan Ditemui Semula

Kereta mangsa ditemui di depan sebuah rumah di Taman Mook, Kinarut jam 7 malam tadi.

PAPAR: Kereta jenis Perodua Myvi milik pemandu Grab wanita yang dilarikan suspek selepas menyamun mangsa tengah hari tadi ditemui semula, kira-kira jam 7 malam tadi.

Perodua Myvi warna ungu itu ditemui oleh orang awam di hadapan sebuah rumah di Taman Mook Ideal, Kinarut kira-kira 14 kilometer dari lokasi kejadian iaitu di Kampung Gana.

Susulan itu, orang awam kemudian menghubungi pihak polis.

Terdahulu, kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, pemandu Grab seorang wanita berusia 59 tahun di cedera di kepala dan muka apabila disamun lelaki yang juga penumpangnya.

Mangsa ditinggalkan di tepi jalan Kampung Gana dalam keadaan mukannya berdarah.

Ketua Polis Daerah Papar sebelum ini berkata pihaknya percaya dalam masa terdekat suspek terbabit akan dapat diberkas.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta supaya tampil ke balai polis berhampir bagi membantu polis menjalankan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394/379 Kanun Keseksaan. -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *