Penjalan Kaki Maut Dilanggar Ketika Melintas

Kenderaan jenis Perodua Kancil mengalami kerosakan selepas kemalangan membabitkan seorang pejalan kaki warga emas di Jalan Pantai, Lahad Datu hari ini. -Foto RTM

LAHAD DATU; 6 JANUARI 2020 (Isnin) – Seorang warga emas maut selepas melintas jalan dan terlibat dalam kejadian kemalangan di Jalan Pantai Lahad Datu, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.25 pagi , lelaki Warga tempatan berumur 67 tahun itu disahkan meninggal dunia di hospital Lahad Datu akibat kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan medianya berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berjalan kaki secara tiba-tiba keluar dari pembahagi jalan tanpa melihat kenderaan yang lalu sebelum terlibat kemalangan.

Beliau berkata, pemandu sebuah motokar berumur 36 tahun dipercayai tidak melihat mangsa yang melintas kerana terlindung oleh pokok bunga.

Katanya, pemandu kemudian kemudian menghantar mangsa ke Hospital untu rawatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia.

Menurut ACP Nasri, kes masih diteruskan untuk siasatan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

#BESTAWAUfm

1596