Banjir Di Sook & Keningau Semakin Pulih, Dua PPS Dijangka Tutup Hari Ini

APM membantu penduduk yang terjejas banjir di PPS Tenom.

KOTA KINABALU, 26 Dis: Banjir di Sabah semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sook, Keningau sejak semalam, kekal 95 orang daripada 19 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan, kedua-dua PPS berkenaan juga dijangka ditutup hari ini berikutan keadaan banjir semakin pulih.

PPS itu dibuka selepas Kampung Rancangan Belia Tiulon dan Kampung Sook Pusat dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak 23 Dis lepas.

Jalan utama ke Kampung Rancangan Belia Tiulon turut terjejas, bagaimanapun ketika ini air sudah mulai surut.

BERNAMA

615