Suara Penduduk Kimanis Diambil Kira Dalam Pembangunan Pekan Terbabit

KIMANIS: Suara-suara penduduk Pekan Kimanis akan diambil kira dalam usaha kerajaan baharu membangunkan kawasan terbabit pada masa hadapan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, kerajaan akan mempertimbangkan kajian semula pembangunan pekan tersebut memandangkan pekan berkenaan sudah mempunyai pelbagai kemudahan asas.

“Pekan ini akan dibangunkan Kerajaan Baru agar mampu dimanfaatkan sepenuhnya kepada rakyatnya dan berdasarkan kehendak rakyatnya.

“Kita lihat di pekan ini sudah mempunyai stesen perhentian keretapi, terdapat banyak sekolah-sekolah, Kampung Binsulok Membakut pula berpotensi membekalkan bekalan makanan laut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan ke Kg Binsulok Membakut, di sini pada Ahad.

Beliau menjelaskan, lawatan ke Kg Binsulok Membakut dilakukan kerana terdapat aduan dari kalangan penduduknya.

Katanya, pasar di sini sudah dibuat dibawah Ko-Nelayan, tetapi kenapa peniaga atau nelayan tidak menggunakan kemudahan pasar ini.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, pihaknya akan mengambil perhatian perkara itu memandangkan Kg Binsulok mempunyai ramai pengusaha nelayan.

“Pekan Kimanis, Membakut termasuk Kg Binsulok sudah menjadi tempat tradisi, adalah baik kerajaan kini membangunkan kawasan terbabit.

“Lawatan kali ini sudah dirancang awal dan menjadi perhatian saya sebelum ini, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis hanya terjadi secara kebetulan.

“Lawatan diadakan untuk melihat apakah kemudahan yang boleh dibangunkan untuk faedah penduduk di sini,” katanya.

Menurutnya, tidak kira kawasan itu mempunyai penduduk yang ramai atau sebaliknya, Kerajaan Baharu akan tetap menjaga kebajikan penduduknya.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *