Mangsa Terjejas Banjir Meningkat Kepada 1,861 Di Tiga Daerah Kecil Di Sabah

APM membantu penduduk yang terjejas banjir di PPS Tenom.

TENOM: Seramai 1,861 orang mangsa banjir dipindahkan ke 16 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Tenom, Beaufort dan Membakut sejak petang kelmarin.

Setakat 10 pagi tadi, seramai 1,755 orang daripada 549 keluarga dipindahkan ke 15 PPS di Tenom setelah 16 kampung terjejas banjir.

APM membantu penduduk yang terjejas banjir,

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, daripada 1,755 mangsa yang terjejas banjir, terdapat 33 bayi lelaki dan perempuan serta 27 mangsa Orang Kelainan Upaya (OKU) dipindahkan ke PPS.

Kejadian banjir itu turut membabitkan pemindahan seorang bayi lelaki yang berusia seminggu untuk dihantar ke Hospital Tenom bagi tujuan pemantauan.

Terdapat 15 pusat pemindahan yang dibuka di Tenom. Ia termasuk di PPS Gumisi Laut, PPS Pantonga Saga, PPS Labut 2, PPS Ponomtomon, PPS Gumisi Ulu, PPS Kg Maugus, PPS Kg Lalandang, PPS Kg Angalor, PPS Labut 1, PPS Kg Sindungon, PPS Mandalom Lama, PPS Dewan Seri Antanom, PPS Mini Dewan Jinuin Mandalom, PPS Batu-Batu dan PPS Dewan Desa Sapong Sime Darby.

APM membantu penduduk yang terjejas banjir di PPS Tenom.

Manakala, 16 kampung yang terjejas adalah Kampung (Kg) Gumisi Laut, Kg Gumisi Ulu, Kg Maugus, Kg Enubai, Kg Ponontomon, Kg Pantongan Saga, Kg Belumbung Seberang, Kg Pulungan, Labut Dua, Labut Satu, Kg Angalor, Kg Lalandang, Kg Sindungon, Kg Tumantalik, Kg Mandalom Lama dan Kg Batu-Batu.

Terdapat beberapa jalan yang terputus dan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

Sementara di Beaufort, seramai 106 orang mangsa daripada 33 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Selagon apabila 23 kampung di Beaufort dan Membakut banjir akibat hujat lebat yang berterusan pagi kelmarin.

APM membantu penduduk yang terjejas banjir di PPS Tenom.

Kampung yang terjejas banjir di Beaufort termasuk Kampung (Kg) Bakalau, Kg Bakalau Simpang 4, Kg Binunuk, Kg Balibata, Kg Bingkul dan Kg Lumatai.

Manakala di Membakut, kawasan yang dilanda banjir adalah JPS Kg Lumantak, Kg Baitam, Kg Sinoko, Kg Bambangan, Kg Baitam Laut, Kg Pusak, Kg Poring, Kg Jambatan Baru, Pekan Lama Membakut, Kg Baitam baru, Kg Baitam Ulu, Kg Papas, Kg Lampijas, Kg Kayai, Kg Dungau, Kg Limpayau dan Kg Brunei.

Terdapat beberapa jalan yang dinaiki air dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

892