
KOTA KINABALU: Polis berjaya menahan enam individu termasuk dua wanita yang juga pengedar dadah dalam Ops Sarang di sini petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata operasi dijalankan bermula jam 12 tengah hari sehingga 5 petang di sekitar Pekan Inanam di sini.

“Hasil operasi berjaya menahan empat lelaki dan dua wanita termasuk tiga warga asing berumur 19 hingga 32 tahun.
“Sepanjang serbuan dilaksanakan polis berjaya merampas 21.26 gram dadah yang dianggarkan bernilai RM3,186,” katanya.
Menurutnya kedua-dua tangkapan suspek wanita akan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) manakala empat lelaki ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.