
TAWAU; 16 DISEMBER 2019 (Isnin) – Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dinaiki tiga beranak terbabas dalam kejadian kemalangan di Kampung Indah Jalan Merotai, kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, PBK II Roslie Suyut yang dihubungi pemberita RTM berkata, mangsa meninggal di lokasi kejadian sementara ibu dan anak perempuannya yang cedera dikejarkan ke hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau berkata, mayat mangsa kini diserahkan kepada pihak Polis.
Menurut Roslie, kesemua mereka menaiki motokar dipandu mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke kediamannya di Merotai.
Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan pukul 6.37 pagi sebelum mengetuai 6 anggota bersama dua jentera respon ke lokasi kejadian.



#BESTAWAUfm