
KOTA KINABALU : Hujan lebat yang berlaku sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Kudat dilanda banjir kilat.
Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam, antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Naradang, Korina, Purina dan Andab Bangau.

Kata agensi itu, akibat banjir berkenaan, terdapat beberapa mangsa yang terpaksa dipindahkan dan ditempatkan di rumah keluarga terdekat.
“Setakat ini, keadaan masih terkawal dan pusat pemindahan banjir bakal dibuka.

“Semua pihak jawatankuasa bencana daerah seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat dan pejabat daerah terus memantau lokasi yang mudah dilanda banjir,” katanya.
BorneoToday