Mangsa Banjir Di PPS Di Beaufort Kini 443 Orang

Semua mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara(PPS) banjir di Selagon Beaufort

KOTA KINABALU, 12 Dis: Jumlah mangsa banjir dari Beaufort yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Selagon, Beaufort, bertambah kepada 443 orang, setakat pukul 7.00 malam ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan jumlah itu membabitkan 157 keluarga dari lebih 20 kampung di Beaufort dan Membakut, yang terjejas akibat banjir yang melanda sejak Selasa lepas.

Antara kampung yang terjejas termasuk Kampung Bambangan, Kampung Sinoko, Kampung Poring dan Kampung Baitam Laut.

Setakat pukul 6.00 petang ini, paras air Sungai Padas mencatatkan bacaan terkini 6.98 meter, yakni paras normal, manakala paras air Sungai Membakut pula merekodkan bacaan terkini 6.19 meter, yang berada dalam paras amaran.

BERNAMA

336