PGA Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM289 Ribu

Foto Batalion 14 PGA

TAWAU; 10 DISEMBER 2019 (Selasa) – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau berjaya menahan 4 lelaki yang sedang leka memindahkan beberapa kotak berisi 2-ribu 211 karton rokok seludup pelbagai jenis bernilai 289-ribu 532-ringgit 40-sen ke dalam tiga kenderaan dalam serbuan di Kampung Hidayat Batu 4, Jalan Apas, kelmarin.

Pegawai Pemerintahnya, Superitendan Yacob Murad dalam kenyataan berkata, seorang Warga tempatan dan tiga Warga Filipina berumur 24 hingga 54 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.30 malam selepas dikesan menjalankan aktiviti terbabit di dalam garaj kereta di Kampung tersebut.

Suspek yang ditahan – Foto Batalion 14 PGA

Beliau berkata, semasa serbuan, pihaknya menemui 72 kotak berbungkus plastik hitam mengandungi 1-ribu karton rokok jenama L.A, 925 karton rokok Premium serta 286 karton rokok Suria Gudang Garam.

Katanya, kesemua rokok yang diperolehi dari Indonesia itu disyaki untuk di pasarkan di Tawau dan daerah lain di negeri ini.

Suspek menggunakan kenderaan jenis Proton Waja yang sudah diubah suai bagi memunggah rokok berkenaan

Kesemua tangkapan dan barang rampasan bernilai 409-ribu 532-ringgit 40-sen diserahkan kepada pihak Polis untuk siasatan dan tindakan lanjut dibawah Seksyen 35 (1)(b) Akta kastam 1967.

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *