Jalan Kundasang-Ranau Ditutup Akibat Tanah Runtuh

Foto Media Sosial Facebook

RANAU: Jalan Kundasang – Ranau, dekat Kun San Hardware di sini, yang terputus akibat kejadian tanah runtuh malam tadi, masih ditutup kepada pengunaan kenderaan.

Ketika ini, kerja-kerja pembersihan di laluan berkenaan sedang dijalankan oleh pihak kontraktor yang dilantik.

Foto Media Sosial Facebook

Difahamkan, hujan berterusan sejak pagi itu menyebabkan tanah di lereng bukit mengalami gelongsoran ke jalan berkenaan, pada jam 9.40 malam.

Kejadian itu menyebabkan ratusan kenderaan yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke pantai timur Sabah dan sebaliknya terkandas.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau ketika dihubungi berkata tiada kemalangan jiwa ataupun kenderaan yang terbabit.

Pengguna dinasihatkan melalui jalan alternatif menggunakan laluan Jalan Semuruh Kundasang, Jalan Kibbas, Jalan Ponusok Kundasang.

Foto Media Sosial Facebook
Foto Media Sosial Facebook
Foto Media Sosial Facebook

SabahNewsToday

23485