Rumah Pekerja Syarikat Pengeluar Papan Lapis Di Keningau Musnah Dalam Kebakaran

Rumah Pekerja Syarikat Pengeluar Papan Lapis Di Keningau Musnah Dalam Kebakaran – Gambar Facebook

KENINGAU, 4 Dis: Sederet rumah pekerja serta lima lagi rumah tidak kekal milik sebuah  syarikat pengeluar papan musnah dalam satu kebakaran di Kampung Patikang Ulu, dekat sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata sebuah jentera bersama sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.04 pagi.

“Kebakaran itu berjaya dikawal pada kira-kira pukul 10.30 pagi dan operasi sepenuhnya tamat pukul 10.45 pagi,” menurut kenyataan itu

Kenyataan itu berkata punca kebakaran masih dalam siasatan, dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

BERNAMA

4225