Telupid: Warga Asing Ditahan Rogol Kanak-Kanak 13 Tahun

Gambar Hiasan

TELUPID: Layanan baik yang diberikan oleh sebuah keluarga terhadap seorang warga Filipina tidak pernah disyukuri oleh lelaki itu.

Sebaliknya, pekerja ladang tersebut mengambil kesempatan apabila beberapa kali merogol anak perempuan keluarga itu yang baru berusia 13 tahun sejak Julai  hingga November lalu.

KASIM MUDA

Ketua Polis Daerah Beluran, Asisten Superintenden Kasim Muda berkata, suspek berumur 55 tahun itu ditahan selepas dibawa sendiri oleh bapa mangsa ke balai polis.

“Mangsa mengadu kepada ibunya apabila tidak tahan diperlakukan sedemikian oleh suspek.

“Selepas itu mangsa dibawa ke Balai Polis Telupid untuk membuat laporan polis kira-kira pukul 12.47 pagi, 23 November lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek merupakan pekerja ladang dan tinggal di perumahan ladang itu dan berhampiran dengan rumah mangsa.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati suspek mengambil kesempatan ke atas hubungan baik keluarga mangsa dengannya kerana tinggal bersebelahan rumah.

“Suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

BorneoToday

1366