APMM Rampas 584 Biji Telur Penyu Cuba Diseludup Masuk Ke Sandakan

Telur penyu dan gamat yang disimpan di dalam karung biru. – Gambar Maritim Malaysia

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas sebanyak 584 biji telur penyu dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran, semalam.

Dalam kejadian lebih kurang 1.30 petang itu, bot tersebut ditahan di posisi 1.3 batu nautika dari barat Pulau Berhala.

Telur penyu dan gamat yang disimpan di dalam karung biru. – Gambar Maritim Malaysia

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim Zainudin Mohd. Zuki mengesahkan cubaan bot penumpang tersebut berjaya ditumpaskan oleh pihaknya.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot itu kemudian menemukan satu karung berisi 548 biji telur penyu dan 13 karung berisi balat (gamat) dianggarkan seberat 35 kilogram setiap satu.

“Telur berkenaan disyaki cuba diseludup dari negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Menurut beliau, bot itu dibawa ke jeti maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah dan Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

618