Dua Lelaki Warga Asing Curi Basikal Ditahan

Dua lelaki ditahan selepas didapati cuba mencuri basikal milik penduduk di Taman Nagapas, Papar. Gambar Ihsan IPD Papar

PAPAR: Cubaan dua lelaki warga asing mencuri basikal dengan menyembunyikannya dalam van gagal apabila disedari penduduk kampung di Taman Nagapas, di sini semalam.

Kejadian jam 6 pagi itu, perbuatan kedua-dua suspek berusia 25 dan 33 tahun disedari oleh penduduk setempat sebelum suspek ditahan.

Basikal yang cuba dicuri disembunyikan dalam van. Gambar SNT/Ihsan IPD Papar

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata sebaik ditahan, kedua-dua suspek kemudian diserahkan kepada pasukan polis peronda yang bertugas.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek cuba mencuri sebuah basikal jenis ‘Mountain Bike’ daripada salah sebuah rumah di taman berkenaan namun berjaya ditahan orang ramai.

Basikal yang cuba dicuri – Gambar IPD Papar

“Kedua-dua suspek warg asing diserahkan kepada pasukan polis peronda dan dibawa ke IPD Papar untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Batholomew berkata pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang membantu hingga suspek terbabit diberkas.

Dua lelaki ditahan selepas didapati cuba mencuri basikal milik penduduk di Taman Nagapas, Papar. Gambar Ihsan IPD Papar

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *