Belanjawan Sabah 2020: RM500 Bantuan Khas Penjawat Awam Negeri Dibayar Januari

KOTA KINABALU: Pemberian Bantuan Khas sebanyak RM 500 kepada semua penjawat negeri yang akan dibayar sekaligus dengan gaji bulan Januari 2020.

Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal mengumumkan pemberian Bantuan Khas itu dalam pembentangan Belanjawan Sabah 2020, di Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini pada Jumaat.

Beliau berharap insentif itu akan memberi suntukan semangat kepada ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri agar berusaha lebih gigih bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam kepada rakyat.

Pemberian bantuan khas itu selari dengan bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam Persekutuan yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 11 Oktober lalu.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *