Kadar Sewa Bulanan Pasar Kudat Turun 50 Peratus

Ben (tiga dari kiri) mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri Sapdin (empat dari kiri).

KUDAT: Peniaga pasar Kudat menerima berita gembira selepas kadar sewa bulanan untuk setiap meja diturunkan sebanyak 50 peratus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kapor Ben Chong berkata kelulusan itu dilakukan selepas mendapat persetujuan Ahli-ahli Lembaga Bandaran Kudat (LBK).

Pasar Besar Kudat

“Sebelum ini, setiap meja dikenakan sewa antara RM40 hingga RM45 sebulan mengikut jenis jualan.

“Namun begitu, Lembaga Bandaran Kudat memutuskan untuk menurunkan harga sewa gerai sayur dari RM45 pada kadar RM22.50, Gerai menjual Ayam dari RM40 kepada RM20 dan Sewa Runcit dari RM40 kepada RM20.

“Saya berterima kasih kepada Ahli LBK kerana memahami permintaan saya untuk menurunkan harga sewa berkenaan.

“Terima kasih juga kepada Pegawai eksekutif LBK Mohd Rafik Jubar kerana telah bersetuju mengambil inisiatif untuk menjalankan penyelidikan sebelum usul tersebut dibawa dalam Mesyuarat Penuh Ahli LBK kelmarin,” katanya pada Mesyuarat Penuh LBK yang dijalankan di LBK, semalam.

Ben yang juga merupakan pembantu Menteri Perdagangan dan Industri bersyukur kerana janji beliau kepada para peniaga berjaya direalisasikan.

Beliau berharap inisiatif kerajaan itu dapat membantu peniaga-peniaga kecil Kudat berikutan keadaan ekonomi sekarang yang kurang memberangsangkan.

Hadir sama, Pegawai Daerah Sapdin Ibrahim.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *