Dua Rumah, Sebuah Kereta Musnah Terbakar

KOTA MARUDU: Dua rumah dan sebuah kereta musnah terbakar di Kampung Muhibbah di sini pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Ronny Sikawan berkata kejadian jam 10.39 pagi membabitkan dua buah rumah yang terletak 10 kilometer dari jarak balai.

“Kebakaran menyebabkan salah sebuah rumah jenis tidak kekal terbakar sebanyak 90 peratus manakala sebuah lagi rumah terjejas sebanyak 10 peratus.

“Pemilik rumah turut kehilangan sebuah kereta sedan selepas musnah terbakar dalam kejadian ini,” katanya.

Menurutnya pasukan bomba yang tiba di lokasi segera menjalankan operasi memadamkan kebakaran menggunakan sumber air dari jentera dan api dapat dikawal jam 11 pagi.

Tambahnya operasi keseluruhan ditamatkan jam 12.30 tengah hari manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *