Pekerja Ladang Ditahan Terbabit Kes Rogol Dan Bunuh

Gambar Hiasan

TAWAU: Seorang pekerja ladang kelapa sawit ditahan disyaki terbabit dalam kes rogol dan bunuh seorang wanita, di Ladang Sri Jaya Industri Imbak, Luasong, kelmarin.

Suspek berusia 40 tahun ditahan di Tanjung Batu, pukul 10.48 malam susulan penemuan mayat mangsa berusia 24 tahun dalam keadaan separuh bogel di kawasan semak ladang berkenaan.

Peter Umbuas. Gambar Fail SNT

Menurut sumber pada 3 November lalu, mangsa terpaksa berjalan kaki selepas motosikal ditunggang rosak ketika dalam perjalanan menuju ke rumahnya.

“Suspek kemudian terserempak dengan mangsa di bahu jalan kemudian mangsa meminta tolong untuk membaiki motosikalnya yang rosak.

“Bagaimanapun motosikal mangsa tidak dapat dibaiki dan suspek kemudian mempelawa mangsa menaiki motosikalnya untuk dihantar pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan lagi ketika dalam perjalanan menuju ke rumah mangsa, suspek meminta untuk bersetubuh namun mangsa menolak.

Suspek kemudian membawa mangsa ke kawasan semak dan membuka seluar mangsa.

Mangsa bertindak melawan suspek namun gagal apabila suspek mencekik leher mangsa sambil merogolnya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Suspek ditahan dan kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

SabahNewsToday

9164