19 Mangsa Banjir Di Membakut Dipindahkan Ke Pusat Pemindahan Sementara

19 mangsa banjir dipindahkan ke PPS Selagon

KOTA KINABALU, 8 Nov: Sembilan belas orang daripada lapan keluarga yang merupakan mangsa banjir dari Daerah Kecil Membakut dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan petang ini, mereka terdiri 14 dewasa, lima kanak-kanak dipindahkan di PPS Dewan Selagon.

19 mangsa banjir dipindahkan ke PPS Selagon

Kenyataan itu berkata sebanyak 11 kampung di Membakut terjejas banjir iaitu di Kampung Lumantak, Baitam, Sinoko, Bambangan, Baru, Kayai, Lampuas, Sindok, Siniko, Laut,  dan Jambatan Baru. 

Menurut kenyataan itu, terdapat jalan raya utama terjejas dan tidak boleh dilalui di Jalan Kampung Baitam Laut, manakala jalan utama lain boleh dilalui semua jenis kenderaan,

Beberapa kawasan di Membakut ditenggelami banjir.

Selain APM, pemantauan banjir turut membabitkan anggota bomba dan penyelamat, polis, Pejabat Daerah Beaufort, Pejabat Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.

BERNAMA

1506